Program Jom Baca 2026 (Wellbeing)
24 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2026, NADI bersama Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah melancarkan Program Jom Baca 2026 yang diadakan di Kolej Komuniti Arau. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pemeriksaan kesihatan secara percuma, taklimat Kempen Internet Selamat oleh pegawai MCMC dan acara perasmian Program Jom Baca 10 minit bersama. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat suka membaca antara masyarakat dengan meluangkan hanya 10 minit sehari dan bebas dari media sosial yang negatif dari taklimat kempen internet selamat yang diberikan.
Kesimpulanya, dengan hasil kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini, pihak NADI Batas Lintang, Perpustakaan Tambun Tulang, Kolej Komuniti Arau dan MCMC dapat menjalinkan hubungan baik dengan kerjasama dan dapat mempromosikan kelebihan NADI kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: